PRINSIP-PRINSIP NEGARA ISLAM
Negara islam ditegakkan di atas empat prinsip yang penting
1. Prinsip Syura
2. Prinsip Keadilan
3. Kebebasan
4. Persamaan
1. Prinsip Syura
Asas kepada prinsip syura ini ialah firman Allah s.w.t.
Maksudnya:
“Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan” (44)
dan firmanNya yang bermaksud,
“Dan urusan mereka hendaklah bermesyuarat di antara mereka” (45).
Ayat-ayat ini memerintahkan supaya bermesyuarat dalam perkara yang melibatkan urusan orang-orang Muslim. Dalam amalan Rasulullah s.a.w, prinsip ini adalah dijalankan, baginda bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya dalam urusan-urusan kepentingan umat dan negara seperti dalam peristiwa peperangan Badar(46) dan Uhud(47). Demikian juga amalan para sahabat-sahabat, baginda Abu Bakar bermesyuarat untuk mengambil tindakan ke atas orang-orang murtad(48), Saidina Umar bermesyuarat untuk menyelesaikan tanah rampasan perang”.
Mereka juga bermesyuarat untuk mengambil tindakan mengumpul(49) dan menyalin menyusun al Qur’an(50).
Jadi, amalan prinsip syura ini adalah lumrah dalam pimpinan Islam dalam segenap peringkatnya.
2. Prinsip Keadilan(Justice)
Keadilan yang dimaksudkan di sini,ialah keadilan mutlak yang digariskan oleh Islam yang mengatasi segala kepentingan peribadi,keluarga,kelompok dan sebagainya,sekalipun terhadap musuh dan terhadap golongan non-muslim.Allah berfirman maksudnya,”Apabila kamu memberi saksi hendaklah dengan adil sekalipun hal itu mengenai keluarga.Janji Tuhan hendaklah kamu patuhi. Itulah yang dipertingkatkan kepada kamu,mudah-mudahan kamu ingat”(52). Rasullah s.a.w. bersabda maksudnya,”Siapa yang menyakiti Dhimmi akulah musuhnya”(53). Maka prinsip keadilan ini menjadi asas dalam amalan pemerintahan Islam yang melibatkan seluruh golongan dalam masyarakat.
3. Kebebasan
Prinsip kebebasan juga menjadi asas amalan dalam pemerintahan Islam. Kebebasan itu diberikan kepada rakyat yang tunduk dibawah pemerintahan Islam sama ada dari golongan Muslim atau bukan Muslim. Oleh sebab manusia diberi hak kebebasan memilih maka hal ini perlu diberikan kepada semua individu. Islam memberi kebebasan beragama, kebebasan dalam memiliki harta, kebebasan bergerak dan berpindah(54). Kebebasan bercakap dan memberi pendapat hendaklah dalam ruang yang tidak mencabuli kepentingan undang-undang syara’ dan ketenteraman kehidupan masyarakat yang menjadi asas kepada undang-undang negara. Kalau pendapat itu tidak lagi diberi peluang,kerana itu akan menjejaskan autoriti dan masyarakat Islam. Kebebasan itu adalah dengan falsafah negara, sistem politik dan perundangannya. Lantaran itu mereka yang murtad dalam negara Islam dianggap sebagai pengkhianat (treason).
4. Persamaan
Prinsip persamaan ini ialah setiap kaum adalah sama sebagai rakyat di antara satu sama lain dalam hak,kebebasan dan tanggungjawab di hadapan undang-undang. Islam dalam melaksanakan prinsip ini secara umumnya berlaku dalam kehidupan rakyat negara Islam tetapi dalam beberapa hal ada perbezaaannya di antara rakyat yang mendokong negara dan rakyat yang tidak mendokong ideologi negara tetapi patuh kepada pimpinan negara.Prinsip equality ini diterima oleh Islam dalam konteks penyelarasan dalam perhubungan manusia secara umum. Allah berfirman maksudnya, “Hai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan perempuan. Kami jadikan kamu dari berbagai bangsa dan suku kaum,supaya kamu dari berkenalan,sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu disisi Tuhan ialah bertaqwa”(55).Manusia tidak ada bezanya di antara satu dengan yang lain dalam penilaian Allah di segi keturunan,warna kulit,bahasa dan kebudayaan,tapi perbezaan itu terletak kepada ketaqwaannya.
Rasullah s.a.w. bersabda maksudnya,
“Kamu semua dari Adam dan Adam dari tanah,tidak ada perbezaan di antara orang Arab dengan orang bukan Arab kecuali dengan taqwa”(56)
Berdasrkan prinsip inilah Rasulullah s.a.w.menegaskan dalm perlaksanaan undang-undang dalm sabdanya yang bermaksudnya,
“Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri aku potong tangannya”(57).
Dan nabi pernah melaksanakan hukum rejam kerana kesalahan berzina ke atas Muslim dan nn-Muslim(58).
Sabtu, 11 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan